Pesta Sukan Mesra Ria PIBG Sekolah Rendah Beribi Telanai

February 27th, 2012 : No Comments

Pesta Sukan Mesra Ria PIBG Sekolah Rendah Beribi Telanai - Cikgu.tv e-learning for kids

Murid-murid Sekolah Rendah Beribi Telanai telah berpeluang mengikuti Pesta Sukan Ria PIBG (penjaga, ibu bapa, guru), yang dianjurkan oleh guru-guru, tenaga pengajar sekolah dan juga para penjaga dan ibu bapa murid-murid.

Ini adalah salah satu langkah ahli-ahli jawatankuasa kerja pesta sukan ria yang di terajui oleh Cikgu Noorzinah bte Hj Hasan Gurubesar sekolah, dalam memupuk semangat kearah kesihatan badan melalui bersukan dikalangan murid-murid khasnya, disamping itu juga mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan guru, kakitangan sekolah dan penjaga serta ibu bapa murid.

Aktiviti seperti ini adalah merupakan aktiviti tahunan sekolah yang pastinya di tunggu-tunggu oleh kesemua murid, bersukan dan berinteraksi melalui sukan dikalangan kesemua murid-murid sekolah. Dan melalui perlawanan – perlawanan yang diadakan, pihak sekolah juga sekaligus dapat mengenalpasti murid-murid yang berpotensi dalam bidang sukan ini untuk dibawa mengikuti atau mewakili sekolah kemana-mana perlawanan sukan antara sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam. Aktiviti gerai-jualan pada hari tersebut menambahkan lagi kemeriahan pesta sukan ria tersebut.

Tags: , ,