Kumpulan Koir Hari Kebangsaan Ke-28 Tahun

February 10th, 2012 : 3 Comments

Kumpulan Koir Hari Kebangsaan Ke 28 Tahun Brunei 2012 - Cikgu.tv e-learning for kids

Latihan koir untuk majlis menaikkan bendera besar pada 12hb Februari 2012 bagi menandakan bermulanya sambutan Hari Kebangsaan ke-28 tahun 2012.

Kumpulan Koir yang terlibat ialah penuntut-penuntut dari Maktab Duli dan Sekolah Menengah Syaidina Umar Al-Khatab. Mereka akan mempersembahkan sebanyak lebih kurang 21 buah lagu patriotik untuk acara kemuncak Hari Kebangsaan pada 23hb Februari 2012 dengan iringan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sewaktu menaikkan bendera besar, kumpulan koir akan menyanyikan lagu-lagu “Allah Peliharakan Sultan“, “Berkibarlah Bendera” dan “Bendera Negara“.

Penyelaras dan jurulatih koir Awang Haji Kifli bin Haji Tengah, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, menjelaskan bahawa kumpulan koir tersebut juga mengikuti rakaman vokal sebanyak 21 buah lagu patriotik yang di CD kan, dan juga di kumandangkan pada Hari Kebangsaan.

Tags: , ,
  • aqim

    Selamat menyambut hari kebangsaan kali ke 28, hehe saya boleh nampak diri saya sendiri disana.. terima kasih kerana sudi merakam saya :D hahaha *gurau ja lah*

    saya dari warga SMSUA.. :) hehe

    • Anonymous

      :D Hi Aqim! Thanks for letting us filmed you too. :D Good luck in your upcoming choir performances!

  • Eyfaa Jainani

    apa nama tajuk lagu untuk Sambutan Kebangsan 2012 yang last sekali kana perform? yg liriknya ada something sounds like this, “4 buah negara, Brunei-Muara, Tutong……”?

    terimakasih. (: i <3 BRUNEI, MERDEKA!