Bangunan Baru Sekolah Al-Falaah

February 24th, 2012 : No Comments

Bangunan Baru Sekolah Al-Falaah - Cikgu.tv e-learning for kids

Penghijaran murid-murid Sekolah Al-Falaah ke bangunan baru telah memberikan satu mercu tanda ke arah peningkatan dan perkembangan sekolah seterusnya pembelajaran.

Syukur ke hadrat Allah S.W yang mana telah melimpahkan rezeki bagi Sekolah Al-Falaah yang telah di kurniakan hadiah dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Al-Falaah, bertempat di Simpang 336-71, Jalan Kebangsaan, Kampong Sungai Akar, Negara Brunei Darussalam.

Ahli-Ahli Jawatankuasa telah mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Perasmian Bangunan Baru Sekolah Al-Falaah.

Bangunan Baru Sekolah Al-Falaah - Cikgu.tv e-learning for kids

Murid-murid sekolah Al-Falaah telah mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan persembahan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dan nasyid dalam bahasa Arab dan bahasa melayu.

Tags: